Monday, July 28, 2008

Penyelewangan wang oleh syrikat waterdrop.


http://www.fomca.org.my/bmalay/alert.php?id=54


Penyelewangan wang oleh syrikat waterdrop.
Aduan mengenai penyelewengan wang oleh waterdrops sdn bhd Sebuah syarikat yang bernama Waterdrops Sdn Bhd (WSB) telah menelefon/ menghubungi saya pada 11hb May, 2008.

Menurut pemanggil tersebut yang disyaki bernama Wan memperkenalkan dirinya dan mengatakan dia mewakili WSB ingin menjemput/mempelawa saya untuk menghadirkan diri dan saya juga diberitahu yang satu voucher percutian dalam dan luar negara.juga akan diberikan kepada saya secara percuma apabila saya datang menghadiri penerangan selama 45 minit.

Setelah tiba di pejabat WSB yang beralamat di tingkat 10 Blok B, Megan Phileo Avenue II, Off Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, pada 11hd May, 2008, Saya di bawa ke bilik perundingan untuk menjadi \"Investor kiosk vending Machine". saya dapati WSB ini memanggil saya untuk menerangkan tentang plan perniagaan. Untuk mendapatkan voucher percutian seperti yang dijanjikan, saya dikehendaki untuk meluangkan masa 45 minit untuk mendengar penerangan tentang plan perniagaan dan juga mesin kiosk mereka.

Semasa penerangan tersebut saya diberitahu harga kiosk tersebut ialah RM38,000.00. Perunding berkenaan Cik Awie Mostafa 0173435853 dan pengurusnya yang memperkenalkan dirinya sebagai En.Daniel 0126641101 telah memujuk saya hampir 2 jam untuk membeli mesin ini dengan langsung tidak memberikan masa untuk saya berfikir panjang. Saya berterus terang mengatakan yang saya tidak mempunyai wang yang sebegitu banyak untuk memulakan perniagaan dengan membeli mesin kiosk tersebut dan telah diberitahu tidak perlu membawa sebarang kad kredit atau wang. En.Daniel memberitahu saya supaya membuat pinjaman bank dan dia akan menguruskan pinjaman perniagaan (business Loan) daripada bank.

Sekali lagi saya berterus terang memberitahu bahawa saya tidak berminat untuk membuat pinjaman dari bank mahupun business loan kerana sudah cukup dengan komitment yang sedia ada.Saya bimbang sekiranya tidak mampu membayar balik pinjaman. En.Daniel cuba meyakinkan saya secara bersungguh-sungguh bahawa WSB akan megesyorkan saya bahawa dalam perniagaan ini saya tidak mungkin mengalami kerugian kerana WSB akan sentiasa memantau perniagaan saya dan berjanji akan menasihatkan saya tentang perkembangan perniagaan saya.

Meskipun saya tetap dengan pendirian saya yang tidak mahu mengambil pinjamanbank. En.Daniel yang tidak berpuas hati dengan pendirian saya, setelah mendengar keterangan dari saya dia menawarkan/mencadangkan saya satu cara (idea) dengan menyuruh saya supaya membuat bayaran pendahuluan (deposit) dengan menggunakan kad kredit sebanyak RM11,400.00 iaitu 30% daripada harga mesin tersebut. Apabila dia melihat saya teragak agak untuk membuat bayaran melalui kad kredit, dia dengan serta merta berjanji dan berkata dia akan mendapatkan saya plan bayaran ansuran tanpa faedah, ‘Easy Payment Plan’ (EPP) daripada pihak bank. CIK Awie juga berkata investor yang pernah membuat sebarang pinjaman peniagaan dari mana-mana bank senang diluluskan kerana WBS mempunyai hubungan baik dengan pihak bank.

Dengan itu dia berjanji dan memberikan kepercayaan, kononnya tiada masalah yang akan timbul untuk mendapatkan EPP daripada mana-mana bank. Kerana tidak mahu kehilangan seorang “customer’, dia bersungguh sungguh dan berjanji katanya lagi setelah saya membuat bayaran 30% barulah WBS akan menguruskan pemprosesan dokumen perjanjian jual beli untuk memberi mesin kiosk air jenis premier tersebut untuk memulakan perniagaan.Dia mengesyorkan supaya saya melakukan transsaksi kad kredit saya dan isteri sebanyak RM 5,000.00. Dia berkata lebih cepat saya bayar, lebih cepat boleh dapat mesin dan dapat beroperasi, lalu dalam keadaan yang terdesak saya telah dipaksa rela untuk memberikan kad kredit untuk dibilkan kepada syarikat ini sebanyak RM 2,000.00 dengan menslotkan kad kredit CIMB Bank isteri saya.Selebihnya pula sebanyak RM 9,400.00 perlu dilangsaikan secepat mungkin pada keesokan harinya.

Terpengaruh dengan kata dan janji beliau yang mewakili WSB, maka saya pada tarikh 13 hb May, 2008 tepat jam 6.30 pm dan ditempat tersebut ingin membuat bayaran pendahuluan kepada WSB berjumlah RM 9, 400 seperti yang dijanjikan tetapi telah diperkenalkan kepada Puan Nora yang memperkenalkan dirinya sebagai Bendahari dan mengatakan bahawa saya layak mendapat harga mesin atas sebab bumiputera dengan menurunkan harga mesin premier air daripada RM 38,000.00 kepada RM 32,000.00. Dengan ini saya hanya dikehendaki membayar 30% dari jumlah terbaru iaitu sebanyak RM9,600.Disebabkan saya telah membayar pendahuluan untuk booking sebanyak RM 2,000.00 maka baki bayaran pada hari berkenaan adalah sebanyak RM 7,600.00. Pihak WSB telah mengeluarkan resit bernombor 01139 ,01138, 00614 kepada saya sebagai bukti penerimaan wang pendahuluan tersebut. Kad pengenalan dan kad kredit saya telah dibuat bebrapa salinan oleh pekerja di situ untuk permohonan EPP. Selebihnya WSB berjanji bersungguh sungguh untuk mendapatkan EPP untuk saya dalam masa kurang dari dua minggu dengan nilai pinjaman perniagaan yang dijanjikan mencecah RM 55,000.

Saya juga menegaskan disini bahawa WSB harus mendapatkan EPP untuk saya seberapa cepat yang boleh kerana kad kredit akan dikenakan ‘interest’ selepas 20 hari. CIK Awie yang mewakili WSB berjanji akan mendapatkan EPP secepat yang mungkin dalam masa satu bulan itu, dan sebaik EPP ditawarkan kepada saya mesin kiosk itu boleh dipasangkan di lokasi yang ditentukan oleh WSB dan mula beroperasi sepenuhnya dan boleh menampakkan hasil. Pada 15 hb May, 2008 saya telah dihubungi oleh pihak ALLIANCE BANK melalui telefon bimbit saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Nana 0196767518 yang mengatakan bahawa pinjaman saya hanya diluluskan sebanyak RM11,000.00 sahaja. Kemudian saya terus menghubungi Cik Awie mengadukan hal tersebut saya menyatakan ketidakpuasan hati saya kerana saya dijanjikan pinjaman perniagaan sebanyak sehingga RM 50,000.00 tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Cik Awie menyarankan saya membuat pinjaman dengan 3 bank berlainan.Kemudian setelah itu, setiap kali saya cuba menghubungi CIK Awie, dia mengatakan bahawa wakil dari pihak bank lain akan menghubungi saya dan meminta saya agar bersabar dan menunggu panggilan dari Bank.

Hari berikutnya saya dihubungi oleh En Nizam dari Hong Leong Bank dan diminta datang ke Hong Leong Bank Jalan Pasar Seni untuk menyerahkan dokumen berkaitan. Saya telah merisik berkenaan dengan business loan yang dikatakan oleh pihak WSB dengan Encik Nizam tetapi dia menyatakan bahawa tiada loan sebegitu, jika adapun ianya memerlukan cagaran.

Dengan ini saya merasakan saya begitu tertipu dan rasa susah hati dan mula hilang kepercayaan terhadap WSB.Pihak Hong Leong juga hanya meluluskan jumlah had (credit limit) sebanyak RM8,000.00 sahaja yang sama sekali tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang selebihnya. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak WSB, Cik Awie menjemput saya datang ke alamat yang sama dan saya mula menyatakan ketidakpuasan hati saya berikutan dengan apa yang telah berlaku. Tetapi dalam masa yang sama saya telah diberikan satu alternative di mana saya disarankan membuat pinjaman dengan pihak koperasi di bawah Skim Pinjaman Usahawan Makro/ Koperasi (SPUMK) .

WSB telah memberi berbagai-bagai alasan seperti nama saya dan isteri blacklist padahal kami tiada sebarang hutang tidak berbayar dengan pihak bank atas kegagalan untuk mendapatkan EPP untuk saya seperti yang dijanjikan Sementara itu saya mendapat tahu ramai lagi orang seperti saya telah tertipu dan terpedaya oleh pihak WSB melalui kaedah yang sama setelah menyelidik dalam laman web KPDNHEP, tribunal tuntutan pengguna dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Di samping itu juga penyata kad kredit seterusnya untuk bulan berikut juga telah dikeluarkan untuk membayar hutang kad credit bersama interest sekali. Kini Sudah satu bulan lebih wang saya disimpan oleh pihak WSB dan saya pula terpaksa membayar interest.. Saya telah beberapa kali ke pejabat dan menghubungi pihak WSB untuk mendapatkan pulangan wang terbabit tetapi berbagai alasan telah diberikan. S

aya juga telah merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna dengan membuat aduan bernombor O-WP-53-2008. tetapi tidak dapat dilakukan kerana saya bukan ditakrifkan sebagai pengguna tetapi peniaga . Dokumen perjanjian jual beli yang ditandatangani juga belum saya terima Saya telah memohon agar wang saya dikembalikan, tetapi pihak WSB enggan berbuat demikian. Walau bagaimana pun syarikat ini berdolak dalik untuk memulangkan kembali wang pendahuluan berkenaan. Saya juga telah menghubungi pihak KPDNHEP dan bertanyakan berkenaan masalah saya dan mereka menasihatkan saya membuat aduan di Biro Bantuan Guaman untuk mendapatkan khidmat nasihat tetapi tiada tindakan yang boleh diuruskan oleh pihak berkenaan .

Saya disarankan supaya menghubungi semua pengadu yang mengalami nasib yang sama dan bekerjasama untuk melantik lawyer persendirian. Laporan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia juga telah saya buat dan dilaporkan hampir 75 kes yang serupa dilaporkan pada persatuan ini. Saya percaya bahawa tindakan wakil-wakil WSB adalah satu skim memperdaya dan menipu orang ramai. Saya percaya pihak WSB telah melakukan beberapa kes jenayah komersil dan pihak berwajib diminta melindungi orang ramai agar tidak diperdaya melalui skim seperti ini.

Saya membuat laporan ini bagi tujuan mendapatkan kembali wang yang telah ditipu dan diperdaya oleh pihak WSB dan memberikan kesedaran pada public agar tidak mudah terpedaya dengan syarikat-syarikat seperti ini.

Tindakan pihak berwajib membantu mengekang fenomena penipuan alaf baru ini adalah perlu dalam memastikan nasib mereka yang teraniaya terbela.

2 comments:

izuaf4zi said...

water drops sekarang berada di TTDI aku salah sorang yang kena 'kencing' nii alamat dia... Waterdrops World Sdn Bhd 107A, Jln Aminuddin Baki, Tmn Tun Dr Ismail 60000 Kuala Lumpur sapa-sapa yang nak serbu silakan...seranggg..aku pun pelik dengan consultant boleh dok menipu...makan duit haram... kambing, biawak, lipan, anai-anai depa semua..ni..no tipon waterdrops world TTDI..0377290852...0176539549 (syed mohamad-ajen zionis)..kepada pekerja2 waterdrop ingat hangpa dah jadi agen PENIPU & LINTAH DARAT hari ini hari kami aku serahkan balik atas balasan apa yang korang lakukan...henti jadi ajen ZIONIS (bangsa zionis memang suka menipu)

Anonymous said...

Allhamdulilah..nasib baik saya selamat nak dapat hotel pon susah..kecing jer lah nih..